PADANG BESAR: "Terbang Latif...terbang Latif...terbang Latif", jerit Salmah Yatim memberi semangat kepada anaknya atlet lompat jauh Abdul Latif Romly.
"Alhamduillah...makcik rasa bersyukur atas kejayaan Latif, kerana telah berjaya mengharumkan nama negara," kata Salmah, 64, sambil menadah tangan bersyukur atas kejayaan atlet lompat jauh itu di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.
Abdul Latif yang beraksi dalam acara lompat jauh lelaki kategori T20 (masalah intelektual) itu meraih pingat emas selepas anak jati Perlis itu melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m).
Pingat perak menjadi milik atlet dari Greece Anthanasios Prodromou (7.17m) dan Nicholas Hum dari Australia (7.12m), gangsa.
Salmah yang lebih mesra dengan panggilan Cek Mah berkata beliau berharap agar anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu, tidak mengalami kecederaan serius.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
Abdul Latif mengalami kecederaan ketika melakukan lompatan kelima dan tidak mampu meneruskan lompat terakhir.
Katanya beliau bercadang untuk masak makanan kegemaran Latif iaitu ayam goreng, apabila jaguh lompat jauh negara itu pulang ke Taman Emas, Beseri nanti.
Salmah berkata anak bongsunya itu mula meminati sukan sejak di bangku sekolah dulu.
"Latif minat semua acara sukan, makcik pun minat sukan lompat jauh dan pernah mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar ketika belajar dari tingkat satu hingga tiga," katanya.
Sementara itu, Romly Mat, 70, berkata beliau bernazar untuk membotakkan kepala atas kejayaan Latif hari ini.
"Bagi membayar nazar saya akan botakkan kepala dalam masa dua atau tiga hari lagi," katanya sambil tersenyum dan mengibarkan Jalur Gemilang.
Malaysia menepati ramalan apabila sasaran tiga pingat emas berjaya dipungut menerusi angkat berat, badminton dan lompat jauh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Abdul Latif yang beraksi dalam acara lompat jauh lelaki kategori T20 itu meraih pingat emas selepas anak jati Perlis itu melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m). - Foto Bernama
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Terbang Latif... terbang Latif... terbang Latif
"Terbang Latif...terbang Latif...terbang Latif", jerit Salmah Yatim memberi semangat kepada anaknya atlet lompat jauh Abdul Latif Romly.
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo 2020: Jamery Siga tidak sia-siakan pesanan mendiang isteri
Jamery mahu bangkit semula daripada kegelapan dan kini berusaha ke arah mencapai misi dalam Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara ikrar balik dengan pingat
Jeganathan yakin anak buahnya mampu mempamerkan prestasi terbaik bagi mengubati kekecewaan misi emas pertama Sukan Olimpik.
Sukan Paralimpik Tokyo: Latif tidak sabar gegar Tokyo
Kini Abdul Latif memasang tiga misi peribadi menjelang Sukan Paralimpik Tokyo Ogos ini.
Dua kejohanan tempatan medan uji perenang para negara
Dua kejohanan domestik akan dianjurkan sebagai medan menguji keupayaan dua perenang para negara.
Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan
Kejohanan simulasi ini adalah bagi memastikan prestasi atlet para dan memanah kebangsaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
BWF tangguh semua kejohanan dijadual dari Mei hingga Julai
BWF berkata, keputusan itu dicapai selepas merundingi negara tuan rumah dan juga persekutuan-persekutuan benua.
Sukan Olimpik Jepun 2020 mesra alam
Difahamkan, sebanyak 18,000 katil akan disediakan untuk Olimpik manakala 8,000 lagi untuk Paralimpik.